2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1.000 orang lelaki yang soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang
wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya
seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takut kepada Allah SWT dan orang
yang takut kepada Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang
mendahulukan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan
anak Nabi Ismail AS.
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya
merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila
pada hari pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa
Astaghfirullah”. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon
ampun kepada Allah dari segala dosa.”, maka Allah menetapkan dia bebas dari
neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari siksa, bahkan
AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati
syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama
aku ( Rasulullah SAW ) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap
ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa
serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
10. Dari ‘Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari
anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api
neraka.”
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila engkau dipanggil kedua ibu bapakmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung
di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya dan meridhainya ( serta menjaga ibadah dan puasanya ).
15. ‘Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW siapakah yang lebih besar haknya terhadap
wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki ?”
Jawab Rasulullah SAW. “Ibunya”.
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu,
berpuasa wajib sebulan ( Ramadhan ), memelihara kehormatannya serta taat kepada
suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10.000 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,
maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengaruniakan
satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
akan dikira sebagai mati syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya
(susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),
maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga baginya.
28. Jika wanita memberikan air susu kepada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala satu tahun solat dan
puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesai kerana menjaga anaknya yang sakit akan
mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan
oleh Allah SWT akan seluruh dosanya dan bila dia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun
pahala ibadat.
31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah SWT mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan
mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang surya akan meminta keampunan baginya, dan Allah SWT mengangkatkannya seribu derajat untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki
yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu,
maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya pintu syurga,
yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia,
disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau
memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan
padanya,
memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya
pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan
tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap
langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang
hamba. Pada hari kiamat kelak, Allah SWT kurniakan cahaya hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu.
Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah SWT kepada seorang istri yang siang dan malamnya
menggembirakan suaminya.
35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya
melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh
rahmat.
36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahun solat.
37. Wanita yang melayani
dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat
pahala jihad.
38. Jika wanita mengurut suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7
tola emas dan jika wanita mengurut suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua
kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh
api, maka diharamkan muka dan tangannya dari
bakaran api neraka.
40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang
buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia
menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya
selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya
rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah sembuh.
Allah SWT kurniakan keramat ( kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan
dan menghormati suaminya ).
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi
jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu
bertanya, “Adakah kamu menyolati mayat ?” Jawab mereka, ”Tidak”.
Sabda Baginda “Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala
bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya
pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
42. Wanita yang memerah susu binatang dengan “Bismillah” akan di
doa'kan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “Bismillah”, Allah akan
berkahkan rezekinya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di Baitullah.
45. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh
ketika membuat roti, Allah SWT akan
mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu
ialah sejauh langit dan bumi.”
46. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah SWT akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak
utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
47. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang
dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di
hari akhirat.”
48. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan
kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya
ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan
memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
49. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut
anaknya,
menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan
mencuci akan diri anaknya itu, Allah SWT akan
mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan
sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di
mata orang-orang yang memerhatikannya.”
50. Sabda Nabi SAW: “Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan
rambut dan janggut suaminya, memotong kumis dan mengerat kukunya, Allah SWT akan memberi minum akan dia dari
sungai-sungai serta diringankan oleh Allah
SWT baginya sakaratul maut dan akan didapatinya
kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga dan dicatatkan Allah SWT baginya kelepasan dari api neraka dan
selamatlah ia melintas Titian Shirat.”
51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat.
52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun
lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70.000 malaikat dan bidadari dan
wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat dari yakut.
53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada
wanita yang memberati auratnya ( menjaga aurat )
iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah
wanita (
isteri ) yang solehah.
55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat
perkahwinannya, cepat
pula kehamilannya dan ringan pula maharnya ( mas kahwin ).
56. Sebaik-baik wanita ialah wanita ( isteri ) yang apabila engkau memandang kepadanya ia mengembirakan engkau, jika engkau memerintah di ta'atinya perintah engkau ( taat ) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
58. Rasulullah SAW bersabda bahawa, “Allah telah memberikan sifat
iri ( cemburu ) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih
kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang
menyebabkannya menjadi cemburu ( iri hati ), seperti misalnya suaminya menikahi
istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid”.
( Rujukan
: Kanzul ‘Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar,
Al-Hijab dan lain-lain. )
0 comments:
Post a Comment