1. Doa
wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari
lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda :
“Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia.”
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1.000 orang lelaki yang soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang
wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya
seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takut kepada Allah SWT dan orang
yang takut kepada Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang
mendahulukan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan
anak Nabi Ismail AS.
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya
merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila
pada hari pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa
Astaghfirullah”. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon
ampun kepada Allah dari segala dosa.”, maka Allah menetapkan dia bebas dari
neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari siksa, bahkan
AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati
syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.